Sunday 17 April 2011

Seperti cerita yang saya telah khabarnya pada entry saya yang lepas. Cerita tersebut hanya mengenai sebuah sahaja rumah lot corner di Sec 2 Shah Alam. Saya ni jenis yang berminat dengan cerita-cerita yang berbentuk paranormal ni meskipun saya ni sebenarnya tak ada la berani sangat pun. Silap-silap kalau muncul depan mata, mahunya demam 2-3 hari. Minta simpang la.

Ok, berbalik kepada bandaraya Shah Alam. Kawasan yang boleh dikatakan peratusan penduduk berketurunan Melayu lebih ramai dari kaum lain. Semasa mula-mula kawasan Shah Alam ini dibangunkan, dengarnya kawasan ini dulunya adalah kawasan ladang dan hutan berbukit bukau. Diantara penempatan yang mula-mula dibangunkan ialah kawasan di Sec 2.

Jadi banyaklah cerita-cerita paranormal yang saya perolehi dari pembacaan di ruangan-ruangan forum dan rakan blog.

Rumah di bawah ini terletak di Sec 9, dan ditinggalkan terbengkalai. Setakat ini saya masih belum mendapat maklumat mengenai aktiviti paranormal di rumah ini. Mungkin ada diantara pembaca yang tahu mengenai cerita rumah ini bolehlah berkongsi.


Ini pula rumah banglo di Sec 12 (gambar bawah), terletak betul-betul di tepi jalan besar. Diberitakan anak perempuan penghuni rumah ini meninggal di atas buaian. Dan ada rakan kita yang cuba mengambil gambar buaian tersebut tiba-tiba angin kuat melintas. Ada yang menceritakan terdengar suara budak perempuan ketawa sambil buaian bergoyang.



Ada nampak apa-apa? Cuba perhati betul-betul


Yang ini pula kalau tidak silap saya di kawasan Sec 2 juga (gambar bawah). Saya petik dari cerita rakan kita di ruangan forum:

"haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK"
Jln Bunga Melati 2/2



Rumah yang di bawah ini pula kalau tidak silap saya pernah masuk rancangan di Astro Pemburu Hantu. Dimana imej nenek bongkok sedang berjalan dapat dirakamkan secara tidak sengaja.
Sec 2, Jln Bunga Cempaka 2/11

 Rumah ini rasanya sudah dirobohkan, tetapi tidak semudah ABC, hampir 6 bulan baru selesai. Apa cerita disebaliknya saya tak berapa pasti. Ini gambar proses merobohkan rumah tersebut yang saya perolehi dilaman forum tersebut.



Selesai dirobohkan

Ini pula ada yang mengelarkan rumah Piramid


Petikan maklumat saudara afiqehsan87

"ok umah kedua ni rumah banglo aka rumah piramid... bila kat rumah ni rasa seram timbul sbb sunyi gila keadaan kat situ walaupun sebelah jalan... walaupun azharif kata umah ni clear tapi umah ni pun ada berkongsi lagenda dgn umah belakang die yg jalan 2/2 tu...

ok pic pertama mmg biasa je tapi bila masuk pic 2 tanpa enhance or photoshop korg leh tgk kat kanan pic ada penampakan tubuh seorg perempuan(kanak2 rasanye) sedang bermain ditepi pagar.... n penampakan seperti lembaga putih diatas bumbung yg pada awal afi sngka piring astro.. tapi jakaan jauh meleset...."
 

Apa yang anda boleh nampak dari gambar di atas? Cuba tengok betul-betul gambar di bawah, Imej sumbangan.

Percaya atau tidak, terpulang kepada saudara sekalian. Kalau anda berminat tak mengetahui dengan lebih mendalam lagi cerita pengalaman kawan-kawan kita, klik sini.

Ini adalah sebahagian dari hasil yang saya olah dari laman forum berkenaan. Sebenarnya terlalu banyak cerita yang dikongsi oleh sahabat-sahabat forum kita di sana. Jadi saya cuma ceduk serba sedikit dari sana untuk dikongsi dengan pembaca blog saya yang berminat dengan cerita seram, terutama di Shah Alam.